All About Me

My photo
Do follow my blog and feel free to read its content. :)

Thursday, April 28, 2011

Hidup...

Cabaran demi cabaran..
Dugaan demi dugaan..
Namun, itulah yang membuatkan hidup ini bermakna..
Setiap dugaan dan cabaran yang di lalui mengajar kita erti kehidupan sebenar..
Mengajar kita bahawa hidup tak selamanya indah..
Pahit getir dalam kehidupan adalah lumrah..
Suka atau tidak, kita harus menghadapinya..
Jarang anda semua melihat aku post hal serius seperti ini..
Tapi, itulah yang berlaku sekarang..

Dugaan bukanlah pada diri ini..
Seorang sahabat yang amat ku sayang sedang menghadapi masalah yang amt besar dalam hidupnya..
Aku begitu terasa dan tidak sanggup melihatnya bersedih..
Kesedihannya hanya Tuhan yang tahu..
Apa daya ku ini..
Ku hanya mampu berada di sampingnya dan memberi sokongan padanya..
Aku cuba menggembirakannya walaupun dalam hatiku, ku ingin menangis bersamanya..
Pada zahirnya, dia kelihatan gembira..
Langsung kesedihannya ditutupi oleh riak muka cerianya..
Sahabat...
begitu derita dirimu menyembunyikan kesedihanmu itu..
Tiada tertahan diriku melihat siksa dirimu..
Mengapa dirimu diuji sehebat itu?
Mengapa bukan diriku?
Aku berharap yang menanggung derita itu adalah aku, bukanlah dirimu...
Tapi, mustahil..
Aku ingin dirimu tahu bahawa, aku sentiasa ada disisi mu..
Aku tak akan pernah tinggalkan dirimu..
Meskipun aku tiada lagi di dunia ini kelak, aku akan sentiasa menjagamu..
Kaulah sahabat ku yang paling ku sayang..
Kaulah sahabat yang paling berharga..
Ku ingin kau kembali seperti biasa..
Ku mahu kesedihanmu itu lenyap dari hidupmu..